SOALAN 4
Pensel Berhad adalah pengeluar empat jenis USB yang berkapasiti 2GB, 4GB, 16GB dan 32GB.
Pengeluaran kesemua produk ini adalah menggunakan mesin yang sama. Berikut adalah perincian
maklumat pengeluaran bagi setiap unit produk:
2GB 4GB
16GB 32GB
Harga jualan
RM 28 RM 30
RM 42
RM 45
Bahan langsung
RM 5 RM 6
RM 6
RM 8
Buruh langsung
RM 4 RM 4
RM 8
RM 8
Overhed perkilangan berubah
RM 3 RM 3
RM 6
RM 6
Overhed perkilangan tetap
RM 8 RM 8
RM 16
RM 16
Jam buruh langsung
1
1
2
2
Jam mesin
4
3
5
4
Overhed perkilangan tetap diserap kepada setiap produk berdasarkan jam buruh langsung, dengan
anggaran 1,000 jam buruh langsung seminggu.
Corak permintaan bagi setiap produk adalah seperti berikut:
2GB
4GB 16GB 32GB
Permintaan mingguan (unit)
200 180 100
250
Pada ketika ini mesin pengeluaran Syarikat hanya mampu beroperasi dengan kapasiti maksimum
sebanyak 2,000 jam seminggu.
Dikehendaki:
a) Tunjukkan pengiraan sama ada keperluan jualan mingguan kesemua produk dapat dipenuhi
oleh Syarikat.
b) Sediakan jadual pengeluaran mingguan yang patut dilaksanakan oleh Syarikat bagi
memaksimumkan keuntungan. Berdasarkan cadangan anda, kirakan keuntungan yang akan
diperolehi Syarikat.
c) Kegagalan memenuhi permintaan pelanggan adalah bercanggah dengan prinsip perniagaan
Syarikat. Oleh itu, dua cadangan telah dikemukakan oleh Pengarah Syarikat iaitu:
(i) Bagi menambah kapasiti mesin disarankan permintaan pelanggan dipenuhi
menggunakan kaedah lebih masa. Namun, kos buruh langsung dan overhed
perkilangan berubah adalah 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasa.
(ii)
Membeli produk USB 4GB daripada pembekal luar pada harga RM19 seunit. Produk
ini perlu dibungkus semula sebelum dipasarkan dengan melibatkan kos tambahan RM1
setiap unit.
Sebagai akauntan pengurusan Syarikat, anda diminta menilai dan memilih cadangan yang
paling menguntungkan Syarikat. Sokong jawapan anda dengan pengiraan.